Nuffnang

Thursday, April 16, 2009

Cendawan goreng [cara 1, 2, 3]


Cendawan goreng method 1
Idea resepi: sendiri!


Bahan-bahan
1 bungkus cendawan tiram
Sedikit tepung gandum, tepung beras, tepung goreng ayam (tepung KFC)
Sedikit Lada sulah
opt: daun kari
2 biji putih telur (dipukul)

Cara-cara
Ambil tepung2 tersebut, bancuh sekadar lekat. Kemudian masukkan cendawan tiram, rata2kan hingga semuanya tersalut, goreng. Siap. Taburkan lada sulah sebagai perasa…




Cendawan goreng method 2

bahan bahan
1 bungkus cendawan tiram
Sedikit tepung goreng ayam (tepung KFC)
2 biji putih telur (dipukul lite2)

Cara-cara
Asingkan 3 bekas, satu bekas untuk tepung KFC, satu bekas untuk putih telur, satu bekas berisi cendawan. Panaskan minyak, amik cendawan, celup dlm putih telur, kemudian tepek2 dlm tepung KFC. Goreng. Cara nih leceh sikit tapi mmg paling best untuk nikmati cendawan goreng… walla….


Cendawan goreng method 3
bahan bahan
1 bungkus cendawan tiram
Sedikit tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, serbuk kari
3tangkai daun kari
2 biji putih telur (dipukul)

Cara-cara
Ambil tepung2/serbuk kunyit tersebut, bancuh likat, masukkan daun kari. Kemudian masukkan cendawan tiram, rata2kan hingga semuanya tersalut, goreng. Siap. *rasa cam mamak style, rasa kari..

Cekodok daun kucai+sambal lemak



  • Cekodok Daun Kucai+Sambal Lemak
    Idea resepi: cucur (ibu) + sambal (suratkhabar)

    Bahan-bahan untuk cekodok daun kucai
    2 cawan tepung gandum
    1 ½ sudu kecil garam
    Opt: 1 sudu kecil serbuk bikarbonat
    segenggam daun kucai (dihiris kasar)
    Air suam panas untuk sebatikan doh.

    Cara-cara
    Adunkan semua bahan dgn air suam panas. Gorengkan. Siap.

    Bahan-bahan untuk sambal lemak
    Bahan Kisar
    1 biji Cili merah
    1 biji cili hijau
    2 inci kunyit hidup
    2 biji bawang merah+bawang putih
    1 inci halia

    Bahan lain
    ½ cawan santan atau susu isian (saya suka susu isian)
    1 batang serai
    2 keping asam keping
    2 helai daun limau purut
    Sedikit serbuk kunyit
    Gula garam secukup rasa
  • 1 biji air perahan limau nipis

    Cara-cara
    Tumiskan bahan kisar. Setelah naik bau, masukkan semua ‘bahan lain’ kecuali santan/susu. Setelah tumisan garing, baru lah masukkan santan/susu. Siap.

    Cerita sebalik resepi:
    Sambal lemak saya dpt resepi dia dari suratkhabar iklan susu isian marigold, mulanya resepi dia bertajuk “udang kalio”, bile takde udang, ada sambal jer, saya suka2 letak ‘sambal lemak’, hehehe…

Cekodok daun kunyit + sambal on the spot

Cekodok daun kunyit + sambal on the spot
Idea resepi: adik pompuan, azie, dan sendiri!

Bahan-bahan untuk cekodok daun kunyit
2 cawan tepung gandum
1 ½ sudu kecil garam
Opt: 1 sudu kecil serbuk bikarbonat
3 helai daun kunyit (dihiris sederhana halus)
Air suam panas untuk sebatikan doh.


Cara-cara
Adunkan semua bahan dgn air suam panas. Gorengkan. Siap.

Bahan-bahan untuk sambal on the spot
3 sudu besar cili boh
2 ulas bawang merah+bawang putih (ditumbuk)
1 inci belacan (tumbuk bersama bawang2 tadi)
1 labu bawang besar (dihiris)
Sedikit air asam jawa
15 ekor ikan bilis, ditumbuk kasar (sila kira betol2, haha!)
1 sudu besar gula

Cara-cara
Tumiskan cili boh, kemudian tumiskan bawang merah+putih+belacan, tumis hingga naik bau, lepas tuh masukkan ikan bilis. Pastuh masukkan air asam jawa. Setelah itu masukkan bawang besar, masukkan gula. Tumis hingga anda puas hati. Siap!


Cerita sebalik resepi:
tiada. mmg sejak lahir dah pandai makan, hehehe...

cakoi debab

cakoi + kuah kacang

Cakoi debab
Idea resepi: kak hajar Bradfod
(waaa.. jauhnya, UK gitu, hehe..)

Bahan-bahan :
400 g tepung ~ diayak 1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam (taknah letak garam sebab guna salted butter)
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur 2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat minyak untuk menggoreng

cara-cara
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
(try tarik, tapi tak jadi.. huhu.. sudahnya tak tarik, oke jer :P)


Saya kopipes resepi kak hajar, halal ya kak, heeeeee……

Begedil daging


Begedil daging
Idea resepi: ibu

Bahan-bahan
Bahan A
½ kg daging (direbus hingga empuk, ditos, di blender)
5 biji kentang (dikupas kulit dan direbus dlm air berisi sedikit garam)
50 sen daun bawang (dicincang sederhana halus)
Segenggam bawang merah goreng
½ genggan bawang putih goreng
2 sudu kecil serbuk ketumbar
Serba sedikit serbuk jintan putih, serbuk lada manis, serbuk lada hitam.
Sedikit tepung gandum sebagai agen pelekat adunan
Sedikit garam

*Sekurang kurang nya 3 biji putih telur untuk bahan celupan.
*minyak gorengan



Cara-cara
Adunkan bahan A hingga sebati. Kemudian bulatkan adunan saiz sesuap makan, dan tekan sedikit. Celupkan doh yg dah dibulatkan itu ke dalam putih telur. Kemudian gorengkan hingga keperangan. Siap.

Cerita sebalik resepi
Selalunya begedil daging nih kami buat waktu raya korban. Kat kampung ni banyakkkk org akan bagi sedekah daging korban. Alhamdulillah. Sampai tersimpan beberapa bulan (bulan oke~).

P/S:
-jaga jaga paras kolestrol anda. Dan juga diet anda. Saya takkan ingat semua tuh kalau dah jumpa begedil daging yg dimakan sederhana panas bersama sos lada hitam+sos cili+mayonis, hahahaha!

Thursday, April 2, 2009

Daun Bayam goreng

Daun Bayam goreng
Idea resepi: sendiri, hasil pemerhatian

Bahan-bahan
Daun bayam (kalau beli sekilo sila asingkan daun dan batang yer..)
Tepung beras, serbuk kunyit, garam.

Cara-cara
Adunkan tepung beras, garam dan serbuk kunyit hingga 50% pekat, adunan dinasihatkan tidak terlalu pekat sebab takut nanti RASA TEPUNG GORENG JER… celup daun bayam dan terus goreng dalam minyak panas... masa tengah goreng tuh akan berlaku sesuatu, cuba pasang telinga dekat-dekat sikit kat kuali gorengan anda itu.. anda akan terdengar sayup sayup HELP.. HELP… daun bayam tuh mintak tolong daaa.. hahahaha!

Cerita sebalik resepi
Hmmm… balik dari Masjid Al-Azim nampak ada orang jual, ayah sempat cakap EH ORANG GORENG CENDAWAN DAH TAK DIHERAN KAN LAGI LAA....

P/S:
-Jaga-jaga sebab orang nak diet ke, kolestrol tinggi ker, dilarang makan sebab minyak goreng akan serap dalam daun bayam apabila digoreng CUBA TENGOK CONTOH DIATAS.
-ada yg cadangkan buat ngan tepung tempura, so sila laa anda try buat sebab saya tak pernah buat lagi guna tempura, maklum laa orang kampong EH MERENDAH DIRI ITU AMALAN MULIA TAHU

Ayam masak merah

Ayam masak merah (merahnya macam malu malu gitu)
Idea resepi: ibu

Bahan-bahan:
Ayam (goreng sesiap cara kunyit+garam dulu)
4biji Buah pelaga
Sebatang kulit kayu manis

*Bahan kisar
Cili boh
3ulas Bawang merah
3ulas Bawang putih
2labu Bawang besar
Halia sebesar ibu jari anda HA UKUR UKUR SEKARANG
1 batang serai

Hiasan
Kacang peas dalam tin

Cara-cara
Tumis buah pelaga dan kulit kayu manis ngan minyak (ukuran minyak: 3kali pusingan kuali). Dah naik bau, masukkan bahan kisar tadi, tumis lagi hingga naik bau lagi EH EH BERAPA KALI NAK NAIK BAU NIH WEH SENYAP DAA, make sure bahan tumisan masak, kemudian masukkan ayam. Untuk hiasan taburkan kacang peas. Siap untuk hidangan bakal mertua, pasti bila dia makan MENANTU LALU BELAKANG PUN TIDAK PERASAN HA HA…

Cerita sebalik resepi
Sama seperti ‘resepi ayam goreng berempah’

Ayam goreng berempah

Ayam goreng berempah
Idea resepi : ibu

Bahan-bahan
Ayam (dah tentu laa, takkan unta EH KAU NIH)
Serba sedikit Serbuk kunyit & cili boh untuk kalerring.
Segala serbuk rempah: jintan putih, lada manis, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam.

Cara-cara:
Bersihkan ayam, kemudian masukkan semua bahan dan serbuk. Perap selama boleh EH JANGAN SAMPAI BUSUK AYAM KO TUH SAYANG.. Perap dalam peti sejuk selama 1jam HE HE MACAM EARTH HOUR 60 MINIT PLAK, OK FOKUS ALIS.

Setelah itu, goreng, tos, siap. Sedap dimakan bersama sos cili apa-apa cap. Afdal guna sos cili buatan tempatan dan muslim.


Cerita sebalik resepi:
Resepi ini sejak saya pandai makan, memang asalnya ibu saya yang buat. Dan belum pernah lagi saya makan ayam berempah orang lain buat. ntah. Atau saya yg lupa penah makan dimana-mana. lagipon ayam nih jenis lepas goreng akan kecut. BIASALAH KALAU ORANG NAK MAKAN AYAM, DIA AKAN CARI AYAM KETUL GEMOK GEMOK PUNYA KAN.. tapi nih jenis kecut, so jangan ada sebarang bangkangan di kemudian hari. Sekian.

Ayam goreng kunyit TERSIMPLE

Ayam goreng kunyit TERSIMPLE
Idea resepi: diri sendiri hasil pemerhatian

Bahan-bahan
Isi ayam (di dada dudu, DADU laa tuh yer…)
2 biji bawang besar (potong bulat)
2 helai Daun kunyit (saiz XL), disiat-siat.
½ sudu kecil Cili boh
1 sudu kecil Serbuk kunyit
Sedikit serbuk lada hitam dan garam

Cara-cara
-Kunyitkan ayam tadi dengan serbuk kunyit, cili boh dan garam. (Perap jap, dalam 10minit ATAU sementara tunggu minyak panas).
Pastuh goreng. Dah masak pastuh toskan.
-Kat kuali lain, bubuh minyak dalam 2-3sudu besar, masukkan bawang besar, dan daun kunyit, goreng2, pastu masukkan ayam dadu tadi. Kacau rata, pastu spinkle kan garam dan serbuk lada hitam. Siap!

Cerita sebalik resepi ini:
-Masa kat UiTM Johor, seminggu dalam 4-5 kali dapat makan ayam. P/S: student yg makan di dining mmg digelar ‘budak subsidi’ HA HA SAPA BUDAK UITM MAKAN DINING SILA MENGAKU SEKARANG~ Tak pernah seumur hidup saya makan ayam sampai SEMUAK ITU!

-Kalau kat café uptown (nama dia uptown pasal sapa budak kolej lama (yg jugak tukang gelar ‘café uptown’, bukan kami yer..) nak pi café tuh kena naik bukit sikit, kami tak payah sebab kolej dah elok terletak atas bukit yg sama, 4 kolej tuh semuanya baru buka!). Suka pi kat kedai ‘Ah Chong’, dia ni mamat melayu tapi mak dia cina HA KAN TAK PASAL-PASAL MAK CINA ANAK KENA NAMA AH CHONG HE HE… sapa student batch 2000-2005, memang kenal ah chong (gerai akan tukar tuan tiap 5 tahun sekali, EH MCM MENGUNDI PLAK). Budak2 dia masak sedap. Tapi ayam kunyit nih bukan dari kedai dia EH APSAL KO CERITA GERAI AH CHONG PULAK NIH WEH.. saya dah lupe nama gerai akak sebelah ah chong nih, hehe.. ABC akak nih sedap… petang-petang balik kelas kul 4 jer HA KAK SAYA NAK KOPOK LEKOR 3HENGGET, GORENG PISANG 2HENGGET, ABC NAK 2, BUNGKUS KAK, SUSU NAK LEBIH. Ngehngehngeh….

Ayam goreng daun kari

Ayam goreng daun kari
Idea Resepi: diri sendiri hasil pemerhatian.

Bahan-bahan
Beberapa ketul ayam atas pilihan sendiri
Sedikit tepung gandum

Bahan bawah nih masukkan dalam satu bekas untuk golek
*Sedikit tepung beras
*Sedikit tepung goreng ayam
*Sedikit serbuk kunyit
*Sedikit serbuk kari.
*Daun kari (dihiris kasar).
*Garam.
*cili boh
(bubuh sedikit air untuk pekatkan tepung2 nih, jangan sampai jadik adunan plak yer…)

Cara-cara
Golekkan ketulan ayam ke dalam mangkuk berisi SEDIKIT jer tepung gandum, agak2 tepung gamdum tuh semuanya melekat kat ayam tuh laa.. Pastu masukkan semua ketulan ayam kedalam mangkuk golek, kemudian golekkan, adjust air sikit untuk dapatkan kepekatan. Kalau nampak tercair, tambah tepung beras/serbuk kunyit sikit2..Kemudian, goreng, tos, siap!

Cerita sebalik resepi
aku dapat ihlam ayam daun kari nih masa keje kat Singtel dulu, kat bawah bangunan tuh ada kedai mamak, jarang makan tapi ayam goreng dia >< cam nih la.. sedap wooo… tak banyak kali boleh makan, pasal seketul mahal cam hape! RM3 ke RM4/ketul..HUH BOIKOT AYOOB!!!

Asam rebus

Asam rebus (aka, makanan orang dalam pantang)
Idea Resepi: ibu.

Bahan-bahan
1 ulas Bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang besar (dibelah 4, sekurang-kurangnya)
1 sudu kecil halba
1 biji cili (ditumbuk kasar)
Sedikit cili boh
1 mangkuk kecil air asam ATAU 2-3 keping asam keping. (saya lebih suka asam keping)
Sehelai daun kunyit sederhana besar
Beberapa ekor ikan bilis / udang kering
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Sebarang ikan pilihan.
Sayuran seperti : kacang panjang/bendi/terung

Cara-cara
Isikan air (seeloknya air tapis/mineral) ke dalam kuali/periuk hingga ke kosistansi yg anda perlukan (pergh..ayat..tak tahan beb, haha!),
Masukkan semua jenis bawang, halba, cili tumbuk, cili boh, daun kunyit, serbuk kunyit, ikan bilis/udang kering, garam/perasa, air asam jawa/asam keping, dan ikan pilihan. Biarkan hingga mendidih dan ikan masak, last sekali masukkan sayuran seperti terung, kacang panjang, bendi. Adjust garam/perasa. Siap!

Cerita sebalik resepi
Rasanya nih menu kedua yg saya belajar dari dapur ibu. Saya kurang sikit ngan asam rebus nih.. DAH NAMA DIA REBUS APA YANG SEDAP HAH CIK KIAH ROZALES..! tapi saya ada sorang kawan nih minat betul ngan ASAM REBUS. Serius minat. Nasib baik mama dia bukak restoran nasi campur, boleh mintak tukang masak siapkan 2 hari sekali menu tuh.. ATAU SEHARI DUA KALI, MANA YANG LEBIH UTAMA.. Sila jangan bosan dikemudian hari yer Mr Shafik!




Asam pedas simple giler

Asam pedas simple giler
Idea Resepi: Ibu, Nenek Midah.

Bahan-bahan
*2 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*Belacan sebesar ibu jari (* semua ditumbuk bersama)
3 sudu cili boh DAN 1 sudu kecil halba
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 mangkuk air asam jawa (sederhana pekat)
2 helai daun limau purut (ambil yg muda sikit)
Sebatang serai (dititik)
Bendi/terung (bilangan ialah pilihan anda)
Sedikit garam/ perasa (ubat kuah/ajinomoto)
SEBARANG IKAN UNTUK ASAM PEDAS
(tenggiri/pari/parang dll)

Cara-cara
Tumiskan cili boh dahulu. kemudian masukkan halba. Setelah 3 minit, masukkan bahan tumbukan. Tumis hingga naik bau, masukkan serbuk kunyit. Masuk serai, kacau, kemudian masukkan air asam jawa. Masukkan sebarang ikan. Tunggu hingga mendidih. Baru masukkan bendi/terung, kemudian garam/perasa. Last sekali daun limau purut. Tunggu 10minit, siap untuk dihidang..

Cerita sebalik resepi
-Menu pertama belajar ketika usia 14tahun. Saya biasa letak daun limau purut semasa menumis, tapi asam pedas saya tiada/kurang sangat bau daun limau. Setelah melihat Nenek Midah meletakkan daun limau purut sebagai bahan terakhir semasa kuah mendidih, barulah saya perasan, asam pedas tersebut naik bau daun limaunya… tapi saya dan ayah setuju, resepi ARWAH NENEK BELAH IBU SAYA THE BEST!
Al-fatihah buat Arwah Nyonya Binti Lajis…

-Masa sempat berniaga nasi campur bersama ibu 2001 dulu (sebelum dapat offer belajar di UiTM Johor, 3bulan jer), ada sorang abang kurus nih minta minyak asam pedas….! HA MULALAH TUH ANGKAT KENING KAN.. yer, dia minta MINYAK ASAM PEDAS. I wonder sapa laa wife abang tuh sekarang, kan? Kan? Hahahahhaha!

Alis ‘sardine rolls’

Alis ‘sardine rolls’
Idea Resepi: diri sendiri, hasil pemerhatian.

Bahan-bahan
5keping roti sandwich (dileperkan, dibuang yg coklat)
Satu cawan Oat (any brand) yg dikisar kasar
1 biji Putih telur (sebagai agen pelekat)

Inti sardine
1 tin kecil Sardine
1 ulas Bawang putih (tumbuk)
1 biji Bawang besar (dadu)
Setengah biji timun (dadu)
1 biji telur (guna bersama kuning telur dari telur yg diambil putihnya tadi, takyah bazir..)
1biji cili merah/ 2biji cili api (dicincang, kepedasan bergantung pada anda)
Sedikit marjerin/planta untuk tumisan
Minyak untuk goreng

Cara-cara masak inti sardine
Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili merah/cili api. Masukkan sardine, bawang besar, timun, sardine. Diikuti ngan telur, kemudian kacau hingga masak.

Cara gulung sardine
Letak inti kemudian gulungkan. Sapukan putih telur untuk gamkan gulungan tersebut. Untuk ‘matikan’ kiri kanan gulungan, gunakan garfu dan tekan kuat. Kemudian celupkan dalam putih telur dan terus golekkan dengan oat. Gorengkan. Tos. Siap untuk dihidang.

Cerita sebalik resepi:
Kawan2/sedara mara kekadang rajin datang rumah, aku malas dah nak buat roti kepit sardine yg biasa, tak puas hati, pastuh nampak ada satu chef nih buat cara ini kat tv, SORRY DAH LUPE NAMA DIA, aku pon agak2 laa… tapi buat rolls nih kena prepare awal sikit la.. nak gelek roti tuh, nak coat segala.. ni kira buat nih nak puaskan hati sendiri dan jamu mereka2 yg salu datang rumah aku, KANG DALAM HATI ADA YG EH DATANG RUMAH KO ASIK MAKAN ROTI KEPIT SARDIN JER.... huhuhu!