Nuffnang

Sunday, August 30, 2009

kari telur+roti baladi



salam ramadhan..
lama sungguh tidak bersiaran dlm dapurgas nih, rindu.

ok jom buat kari telur.
roti arab/baladi tuh beli dah siap :).
sebungkus 5keping rm5 sajer. puas makan.

cara panaskan roti baladi:
panaskan planta atas kuali leper, kemudian letak roti baladi.
kalau boleh biarkan ia, jgn tekan ngan sudip sebab nnt teksturnya keras di dalam.

kari telur:
5 biji telur rebus (kupas kulit)
2 paket kecil rempah kari adabi

bahan (a)
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 senduk cili mesin (boh)

bahan (b) (ditumbuk)
secubit biji ketumbar
secubit jintan putih
secubit lada hitam
secubit lada putih
sebiji buah keras

bahan c (ditumis)
setangkai daun kari
secubit buah pelaga
secubit cengkih
sekuntum bunga lawang
1 batang kayu manis

lain2 (d)
setengah cawan air asam jawa (kemasaman sederhana)
2 biji kentang dipotong baji
2 biji tomato dipotong baji
2 batang serai dititik
2 senduk santan

cara2:
1) tumis (a)+(b)+(c)+ rempah kari sampai wangi.
2) lepas naik minyak, masukkan air asam jawa bersama serai dan kentang.
3) tunggu hingga kentang empuk.
4) masukkan telur rebus, tomato.
5) masukkan santan.
6) masukkan garam sedikit bersama asam keping jika inginkan lagi masam.
7) tunggu hingga mendidih.
8) angkat dan hidangkan panas2 bersama roti baladi tadi.

10 comments:

Eyra Rizal~The Makeup Artist said...
This comment has been removed by a blog administrator.
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku salin untuk akak aku .. aku tau makan

ravishingpeacock said...
This comment has been removed by the author.
ravishingpeacock said...

part nk wat kari 2 xsusah ke u?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

dah bersawang

[S]itie [B]Um [B]Um said...

Roti arab la tu kan...hehehe

WuMing said...

Menu menarik nii...

WuMing said...

Dah follow sini

WuMing said...

Tak pernah makan lagi nih.. roti Baladi ni...
Kena cuba menu ni...

Si BuDaK KaChAk said...

agk mushkil la....roti baldi ke roti tempayan???heheh