Nuffnang

Wednesday, June 24, 2009

pizza sosej/ayam kunyit


pizza sosej Ramly
.
.

pizza sosej dan ayam kunyit (depan)
.
.

sorry.. comot skett!
.
.
resepi untuk roti pizza
2 cawan tepung gandum
1paket serbuk roti Mauripan
2 buttercup @ apa jenis marjerin (dicairkan)
2 sudu kecil gula
2 sudu besar mayonis
air (sekadar menyatukan semua bahan)
.
.
cecara buat roti:
-adun semua dalam satu mangkuk, adun hingga sebati.
-tutup mangkuk tersebut ngan kain lembab.
-rehatkan kira2 30min.
.
.
bahan sos:
segala sos yg rasa best pada kamu (cam saya: sos cili, tomato, black paper). then gaul ngan mayonis... kacau2.. letak tepi, dah jgn gatal2 nak kaco2 lagi sos tuh.
.
.
bahan topping:
kepingan cheese (sy suka guna cheese sandwich.. nak letak cis moza-mak-tak-rela pon oke gaks)
sosej ayam/daging Ramlee. (saya prefer ayam pasal sosj daging tak bleh mkn bebnyk)
cendawan dalam tin
cili benggala yg berkalerful. (tahukah anda: cili benggala ada 12kaler sebenarnya..)
hirisan tomato
p/s: semua bahan topping dihiris sederhana nipis.
.
.
CARA BUAT PIZZA:
1- preheatkan oven, kepanasan oven adjust sendiri.
2- memula amek adunan tepung tadi, tekan2 atas tray pizza. kalau rajin, rolling-pin kan ia, tapi kalau tekan pon sama jer hasil dia, kembali ke dalam perut.. hehehe..
3- cucuk2kan adunan yg dah siap dibentangkan atas tray tuh ngan garfu, ini untuk mengelakkan roti tadi 'naik dan kembung'.
4- masukkan tray dalam oven. separuh-masakkan roti dulu dlm 15-20min.
5- lepas roti separuh masak, kuarkan semula, then curahkan sos sesedap rasa, kalau masa nih roti tuh kembung lagi, cucuk2 jer ngan garfu lagi, jgn risau, roti tuh takkan buta :D
6- letakkan bahan topping... nak lawa, susun2kan sket topping kasi lawa, tekak nak makan, mata pon nak makan :)
7- nak letak sos lagi boleh, tak letak pon takpe, pastuh taburkan hirisan cheese. then bakar balik dalam 15min, atau hingga cheese cairrrr..... opt: tabur serbuk black paper..
8-santap la begitu saja, atau cicah sos cili.
*psstt.. kalau ada sambal goreng lebih, memula taruk mayonis, then letak sambal goreng+cis, then bakar cam biasa.. sedap wehh... *pizza sambal goreng.
selingan:
cara nak buat mayonis sendiri
(tahan lebih 2mggu kalau masuk dlm esbox, dgn gunakan sudu kering)
bahan2:1 biji telur ayam
setengah cawan minyak masak (lagi mahal minyak masak tuh, lagi baik, eg: EVOO extra virgin olive oil)
1 biji perahan limau sambal (atau perahan lemon, limau nipis, any sitric acid)
* kalau nak pedas, tambah serbuk paprika.
cara buat :masukkan telur ayam, air perahan limau (dan serbuk paprika pada sapa yg nak pedas) dlm blender.. then putar, sambil putar, masukkan minyak masak hingga puan2 rasa oke ngan kepekatan mayonis itu. siap!
(rasanya cam mayo beli, caya laa ckp saya.... :D)
.

5 comments:

manzlie said...

salam alis..

hmm sedap nyer...

leh lah bagi sya nanti balik nohh...terliuq dah nih..

waslam

||alis|| said...

salam en lie...

boleh.. kalau masuk melaka jalan2 tuh, hint2 laa kat saya nnt.

kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan :)

salam ramadhan.

G-HaD's said...

k.alis..dh lame nak try buat pizza l.alis,tp xpndai nak gne micrwave..nnt sy dh buat,sy letk pic ny kat blog ok;) nmpk sgt sedp pizany;D

||alis|| said...

g-hads; salam.. tak payah guna micowave sayang, akak guna oven biasa :)

sudipVSsenduk said...

ooo cam tu ke buat mayonis.. senang rupanya. Tq bg resepi