Nuffnang

Monday, March 30, 2009

pengantin baru dari Singapore

3 lagi pengaruh kenapa aku memasak akhirnya...

Pengantin baru Singapore.
Oleh sebab aku malas masuk dapur dan ibu tidak berapa marah lagi masa tuh... aku masih lagi ngan "hari-hari kalau suruh kakak masak, Asam Pedas jer manjang..."

kemudian satu hari. tengah menolong ibu di dapur. ibu secara tidak sengaja telah memberitahu aku satu cerita yang akhirnya menyebabkan level rajin masak aku up lagi satu tangga...

cerita ibuku:
"makcik Meera cerita kat ibu, anak kakak dia kawen ngan orang Singapore.. tapi anak pompuan dia nih asek belajar jer.. ke dapur jarang.. sekali bila dah kawen, kena laa masak, sebab suami nak makan... pagi pertama sarapan bersama, dia plan nak masak nasi goreng untuk suaminya.. pastu dia masak la.. then suami dia pon makan. "sedap, bang?" tanya anak makcik itu. Si Suami pon jawab "Sedapppp..." ngan kadar harkat yg agak panjang.

"kemudian anak dia tepon la mak dia kat KL nih, dia citer laa kat mak dia "mak, mak.. tadi orang masakkan nasi goreng untuk abang. tapi dia makan sikit jer, mak. pastu dia senyap jer. bila tanya sedap ke tak, dia jawab sedap, tapi bunyi tak ikhlas mak..." si anak mengadu.. mak dia bertanya: "ko letak apa dalam nasi goreng tuh?" anak menjawab: letak cam biasa la.. (lantas dia pon sebut laa semua segala rencah... tapi yg LAST sekali yg buat cuak)...... pastu orang bubuh GULA DALAM 2 SUDU, mak..."

pitch mak tetiba meninggi...."haa...pandai.... mana ada orang buat nasik goreng bubuh gula???? haa.. padan muka... dulu masa aku masak, lari tengok TV la, suruh masak kata sibuk nak belajar laa.. pok pek pok pek...." OK CERITA TAMAT DISITU.
-------------------------
takut aku dengar masa tuh! buat ke masa akan datang, aku dah kawen, tak pandai masak, alih2 jer TERKAWEN, camner nnt? takkan nak tepon ibu jer selalu??? maka selepas itu, aku pon belajar laa masak dengan semangat baru. tak nak laa Fahri aku esok makan nasi goreng bersira. kesian Fahri aku tuh..walaupun kini Fahri aku tuh belum wujud lagi.. tapi sekurang-kurangnya kini.. aku dah boleh masak :D YEAY!!

No comments: