Nuffnang

Tuesday, May 26, 2009

Pandan cheese cake (from En Mat)



Bahan2:
200 ml susu segar
4 keping slice cheese (cheesedale)
70 g mentega70 g gula halus
70 g tepung gandum,diayak
4 biji telur gred "B"
1 camca teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau
Beberapa titik esen vanilla

Cara2:
Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan (kaedah double-boiler)...

Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.

Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.

Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong...
crdt 100% to En Mat Gebu, saya kopipes dari blog beliau :)
.
.

3 comments:

Lun said...

nampak sdap.. nyum nyum

||alis|| said...

lun: hahaha! silap buat tuh, ada 2 lapis berasingan ;P

la mì said...

wonderful post!
HI!my name's martina and I come form Italy... I'd like you visit my blog and if you want, follow me! I wait you and your tips! kiss kiss
marti
Glamour Marmalade