Nuffnang

Sunday, March 29, 2009

begini ceritanya....

14 tahun lalu...
sangat tak rajin nak ke dapur. tapi sejak adik bongsu lahir, ibu dah ajar (terpaksa laa pulak masa tuh aku menerima ajaran beliau, jika tidak, tak makan pelempang, ko makan lesung batu saiz 10, nak? *oke itu hanya gurauan semata.)

sambal halia, makanan asasi orang dlm pantang. sampaikan aku yg tak pantang ini boleh makan hari-hari dengan nasi panas sahaja. tak jemu. dah nama 3-4hari sekali buat, memang tutup mata jer buat sambal nih. sekarang? haram.. kena bukak kitab balik kalau angah aku dalam pantang esok nak makan sambal nih (oh yer, angah sangat kesian pasal tarikh due dia dikatakan 2-3 hari lagi nak raya haji, citer dia, my parents takde, insya'allah pi Mekah tahun nih.)

kemudian, belajar masak asam pedas. 2-3kali masak kali pertama, memang tekak agak kembang pasal melihat ikan mentah (err) masak dalam kuah. mmg tak reti okeh. sekarang oke dah. tapi tabiat aku nih, kalau masak apa pon, malas nak rasa. bila dah terpaksa baru la rasa. ntah apsal ntah tebiat aku nih aku pon tak tahu.

ok, bila masuk U, mmg tak pegang la kuali peok sume. asek melantak mee goreng mamak, nasi goreng ayam, sesekali KFC atau mcD, jarang2 pizza dan sekali saja merasa makan di hotel. dinner grad, hotel, yer, di melaka, kampung tempat tumpahnya segala kumbahan aku dari kecik hingga besar.

pssttt... korang nak tahu sesuatu tak. UiTM Johor nih ada satu jer SUMPAHAN dia.. "iaitu barang siapa yg menjejakkan kaki di tanah UiTM Johor ini, maka dia akan dilanda sumpahan -tidak-boleh-buang-air-besar-" sungguh, benda nih bukan terjadi kat aku sahaja, bukan terjadi kat budak kolej zamrud atau nilam sahaja, tapi semua budak, termasuk laa budak Taming Sari dan Sempana Riau! pelik? yer, aku lagi pelik. cara nak mengatasinya? RAHSIA. haha!

tgk, dah melalut!

bayangkan, punya laa lama aku tak masak, sampai ada sekali ibu suruh masak asam pedas (ayah nak makan katanya, sebab AP aku ialah my dad's fav *tepok-tepok!)... aku pon dengan langkah yakin, masuk dapur, tumis apa yg patut tapi terasa kurang sesuatu, hinggalah bila dah final stage, aku baru teringat yg aku lupa nak masuk BELACAN TANJUNG! tahu apa yg aku buat? ade akal... akalku mungkin jenis panjang kan.. aku tetap amek belacan tuh, tetap tumbuk.. tapi..

aku goreng garing dan terus campak dalam asam pedas yg dah siap tuh! sangat berani kan? sampai kini, aku tak pernah citer ngan sapa2 ttg kepandaian aku tuh, haha! mana boleh beb, rahsia tuh... pasal sapa yg makan asam pedas tuh, takde komen apa pon.. hehehe...

to be c'nue..
(nantikan cerita pasangan Pengantin Baru Dari Singapore & lagu 'Chantique')


2 comments:

Hajar said...

salam...laaa, dah bocor satu rahsia...atter maner resepi asam pedas mu itu??? oghang perock nak tau nih...

||alis|| said...

kak hajar: resepi yg ori ek? nnt saya buat n3 dia yer.. hehe!