3 lagi pengaruh kenapa aku memasak akhirnya...
Pengantin baru Singapore.
Oleh sebab aku malas masuk dapur dan ibu tidak berapa marah lagi masa tuh... aku masih lagi ngan "hari-hari kalau suruh kakak masak, Asam Pedas jer manjang..."
kemudian satu hari. tengah menolong ibu di dapur. ibu secara tidak sengaja telah memberitahu aku satu cerita yang akhirnya menyebabkan level rajin masak aku up lagi satu tangga...
cerita ibuku:
"makcik Meera cerita kat ibu, anak kakak dia kawen ngan orang Singapore.. tapi anak pompuan dia nih asek belajar jer.. ke dapur jarang.. sekali bila dah kawen, kena laa masak, sebab suami nak makan... pagi pertama sarapan bersama, dia plan nak masak nasi goreng untuk suaminya.. pastu dia masak la.. then suami dia pon makan. "sedap, bang?" tanya anak makcik itu. Si Suami pon jawab "Sedapppp..." ngan kadar harkat yg agak panjang.
"kemudian anak dia tepon la mak dia kat KL nih, dia citer laa kat mak dia "mak, mak.. tadi orang masakkan nasi goreng untuk abang. tapi dia makan sikit jer, mak. pastu dia senyap jer. bila tanya sedap ke tak, dia jawab sedap, tapi bunyi tak ikhlas mak..." si anak mengadu.. mak dia bertanya: "ko letak apa dalam nasi goreng tuh?" anak menjawab: letak cam biasa la.. (lantas dia pon sebut laa semua segala rencah... tapi yg LAST sekali yg buat cuak)...... pastu orang bubuh GULA DALAM 2 SUDU, mak..."
pitch mak tetiba meninggi...."haa...pandai.... mana ada orang buat nasik goreng bubuh gula???? haa.. padan muka... dulu masa aku masak, lari tengok TV la, suruh masak kata sibuk nak belajar laa.. pok pek pok pek...." OK CERITA TAMAT DISITU.
-------------------------
takut aku dengar masa tuh! buat ke masa akan datang, aku dah kawen, tak pandai masak, alih2 jer TERKAWEN, camner nnt? takkan nak tepon ibu jer selalu??? maka selepas itu, aku pon belajar laa masak dengan semangat baru. tak nak laa Fahri aku esok makan nasi goreng bersira. kesian Fahri aku tuh..walaupun kini Fahri aku tuh belum wujud lagi.. tapi sekurang-kurangnya kini.. aku dah boleh masak :D YEAY!!
Monday, March 30, 2009
Sunday, March 29, 2009
begini ceritanya....
14 tahun lalu...
sangat tak rajin nak ke dapur. tapi sejak adik bongsu lahir, ibu dah ajar (terpaksa laa pulak masa tuh aku menerima ajaran beliau, jika tidak, tak makan pelempang, ko makan lesung batu saiz 10, nak? *oke itu hanya gurauan semata.)
sambal halia, makanan asasi orang dlm pantang. sampaikan aku yg tak pantang ini boleh makan hari-hari dengan nasi panas sahaja. tak jemu. dah nama 3-4hari sekali buat, memang tutup mata jer buat sambal nih. sekarang? haram.. kena bukak kitab balik kalau angah aku dalam pantang esok nak makan sambal nih (oh yer, angah sangat kesian pasal tarikh due dia dikatakan 2-3 hari lagi nak raya haji, citer dia, my parents takde, insya'allah pi Mekah tahun nih.)
kemudian, belajar masak asam pedas. 2-3kali masak kali pertama, memang tekak agak kembang pasal melihat ikan mentah (err) masak dalam kuah. mmg tak reti okeh. sekarang oke dah. tapi tabiat aku nih, kalau masak apa pon, malas nak rasa. bila dah terpaksa baru la rasa. ntah apsal ntah tebiat aku nih aku pon tak tahu.
ok, bila masuk U, mmg tak pegang la kuali peok sume. asek melantak mee goreng mamak, nasi goreng ayam, sesekali KFC atau mcD, jarang2 pizza dan sekali saja merasa makan di hotel. dinner grad, hotel, yer, di melaka, kampung tempat tumpahnya segala kumbahan aku dari kecik hingga besar.
pssttt... korang nak tahu sesuatu tak. UiTM Johor nih ada satu jer SUMPAHAN dia.. "iaitu barang siapa yg menjejakkan kaki di tanah UiTM Johor ini, maka dia akan dilanda sumpahan -tidak-boleh-buang-air-besar-" sungguh, benda nih bukan terjadi kat aku sahaja, bukan terjadi kat budak kolej zamrud atau nilam sahaja, tapi semua budak, termasuk laa budak Taming Sari dan Sempana Riau! pelik? yer, aku lagi pelik. cara nak mengatasinya? RAHSIA. haha!
tgk, dah melalut!
bayangkan, punya laa lama aku tak masak, sampai ada sekali ibu suruh masak asam pedas (ayah nak makan katanya, sebab AP aku ialah my dad's fav *tepok-tepok!)... aku pon dengan langkah yakin, masuk dapur, tumis apa yg patut tapi terasa kurang sesuatu, hinggalah bila dah final stage, aku baru teringat yg aku lupa nak masuk BELACAN TANJUNG! tahu apa yg aku buat? ade akal... akalku mungkin jenis panjang kan.. aku tetap amek belacan tuh, tetap tumbuk.. tapi..
aku goreng garing dan terus campak dalam asam pedas yg dah siap tuh! sangat berani kan? sampai kini, aku tak pernah citer ngan sapa2 ttg kepandaian aku tuh, haha! mana boleh beb, rahsia tuh... pasal sapa yg makan asam pedas tuh, takde komen apa pon.. hehehe...
to be c'nue..
(nantikan cerita pasangan Pengantin Baru Dari Singapore & lagu 'Chantique')

Wednesday, March 25, 2009
selamat datang ke DapurGas
yer. dunia masakan aku agak kacau bilau. kalau nak harapkan resepi biase2, kat aku laa.. kalau nak resepi luar biasa, pi kat belog lain yg mmg lagi best2.. aku nak satu belog masak nih supaya aku boleh share (yer, kopipes resepi org jer yg banyak kelak kot, haha!) resepi dari dapur gas rumah aku ke dapur gas rumah sapa2 laa berkenan.
belog ini tidak mengharapkan langsung follower pasal jgn ikut belog masakan hampeh cam aku nih... belog yg sangat bagus ialah encik mat gebu.. paling best! tercabar aku sebagai perempuan! malu pun ada. oran lelaki lebih pandai masak dan lebih detail kaedahnyer.. Encik Mat, saya promo belog cik mat yer..jgn marah...
kalau yg cake & pastry, terbaru, masuk belog grace semalam, tak tahu sangat pasal beliau nih, just aku baru pas baca semua n3 dlm belog beliau yg bermula sangat biase2, kepada LUAR BIASA! hasil2 resepinya sangatlah bertaraf 5 bintang, mak aii puji lebih2 plak.
selain tuh, aku ada cerita cam mana aku boleh terjebak dalam 'dapurgas' nih pasal aku dulu masak2 nih kureng.. later la yer..
salam
cik kening *hahaha! nih pak sandy punya pasal laa nih!
~chef dapur gas~

Subscribe to:
Posts (Atom)